Friday, March 30, 2018

Tiket murah Airasia dan Malaysia Airline System (MAS)

Pelancongan itu satu keseronokan bagi orang yang gemar melancong. Pada siri kali ini saya ingin berkongsi tentang tiket penerbangan Promosi Ekonomi  AirAsia(AA)dan Malaysia Airline System (MAS).Saya dan isteri merancang bercuti pada 23.12.2014 hingga

Untuk pelancongan kali ini melibatkan Penerbangan :
1. Sibu - Kuching (AirAsia) 
2. Kuching - Kuala Lumpur (AirAsia)
3. Kuala Lumpur - Langkawi(MAS)
4. Langkawi - Kuala Lumpur(MAS)
5. Kuala Lumpur - Sibu(AirAsia)


Hari Pertama Selasa 23.12.2014




Gambar di Sibu Airport.


Memandangkan Airport Sibu dari rumah amatlah dekat lebih kurang 7 minit sahaja, jadi tak perlulah tergesa-gesa kerana jarak yang amat dekat.Saya dan isteri menggunakan Penerbangan Airasia AK6461 dari Sibu ke Kuching pada jam 6.30 Petang. 

Berikut harga kos tambang untuk 2 orang:

RM 98 x 2 = RM196 tambah bagasi 15KG = RM25 
all and all cuma RM221




Tiket Airasia Sibu ke Kuching

Kalau harga normal price memanglah mahal sehingga RM400++ untuk dua orang, tapi nasiblah aku rajin explore internet sehingga dapat harga seperti diatas.

Jika dibuat secara perbandingan:

Harga Normal Price RM400 tolak Harga Promosi RM221 = RM176 (Jimat)



Santai sekejab di International Airport Kuching sebelum berangkat ke Kuala Lumpur.Dinner di MC Donald Airport Kuching.Lebih kurang 3 jam lepak kat Airport Kuching.




Berikut adalah harga tambang Penerbangan Airasia AK5217 dari Kucing ke Kuala Lumpur pada jam 10.20 malam pada hari yang sama.

RM 43 X 2 Orang = RM 86 tambah bagasi 15KG =RM25
all and all cuma RM111





Tiket AirAsia Kuching Ke Kuala Lumpur


Jadi ini merupakan tambang paling murah saya dapat dari Kuching ke Kuala Lumpur sepanjang perjalanan saya menggunakan penerbangan Airasia.

Terima kasih Airasia diatas jualan tiket yang betul-betul murah.

Jika dibuat secara perbandingan:

Harga Normal tiket RM 500 tolak dengan harga promosi RM 111 = RM389 (Jimat)


Hari kedua Rabu 24.12.2014


Hari ketiga Khamis 25.12.2014


Hari Keempat 26.12.2014

dah masuk hari keempat di Kuala Lumpur jadi teruskan pelancongan kami ke Langkawi. Jadi amat mengejutkan saya dan isteri kerana pada bulan oktober yang lepas Penerbangan Malaysia (MAS) menawarkan tiket murah ke Langkawi.saya terus tempah awal-awal kerana kebetulan tarikh kami berdua balik ke Sibu dari Kuala Lumpur pada 29.12.2014.

Berikut harga tiket kami berdua :

RM 60 x 2 = RM120 tambah tempat duduk = RM10 x 2 =RM20
all and all cuma RM140.

kami berdua menggunakan Penerbangan Malaysia MH1548.

Hari Kelima 27.12.2014

Hari Keenam 28.12.2014

Hari Ketujuh 29.12.2014

Hari inilah adalah hari terakhir kami berada di Langkawi dan Kuala Lumpur. Kami akan balik ke Sibu semula pada hari yang sama

Berikut adalah kos penerbangan.

Penerbangan Malaysia MH1457

RM 60 x 2 = RM120 tambah tempat duduk = RM10 x 2 =RM20
all and all cuma RM140.

Penerbangan AirAsia AK5870

RM 137 x 2 =RM 274 tambah bagasi 30KG x 2 =RM120

all and all cuma RM 394.


Kos semua penerbangan kami ialah RM 1010.00

Terima kasih AIRASIA dan MAS diatas tiket ekonomi promotion yang sangat murah untuk tahun 2014.








No comments: