Malam jumaat12 December 2008, saya terbangun di awal pagi kira-kira pukul 3.15 pagi. Mungkin disebabkan cuaca yang tidak menentu (hujan di tengah malam) menyebabkan saya terbangun. Cuaca pada pagi ini sangat sejuk dan saya sempat membuat air minuman bagi mengurangkan kesejukan.
Quaker Oat dan Laptop
Hari ini saya pergi Cinema Sarawak House Premier seorang diri, saya sempat menonton Movie "The Day The Earth Stood Still" yang dilakokan oleh Keanu Reeves. Apa yang boleh saya katakan filem ini sukar untuk dirumuskan. Cerita ini menarik perhatian saya kepada perkembangan dunia dan isu-isu global secara amnya. Jalan cerita movie ini amat mendebarkan dan penuh dengan cabaran iaitu bagaimana sfera tersebut yang hampir-hampir memusnahkan keseluruhan bumi. Cerita ini mengisahkan bagaimana seorang Pensyarah wanita dalam bidang biologi yang berusaha untuk memujuk seorang makhluk asing (datang dari sfera bercahaya yang terhempas ke bumi dari planet lain) yang menyerupai manusia agar tidak memusnahkan bumi. Saintis tersebut telah membantu makhluk asing itu untuk melepaskan diri dari tahanan pihak ketenteraan Amerika. selain itu, beliau turut membantu makhluk itu mencari kawan mahkluk tersebut yang juga menyerupai manusia tetapi berbangsa Cina dan juga berjumpa dengan Prof. Biologi (Prof.Dr kepada Pensyarah tersebut). Atas desakan dari wanita tersebut dan juga Prof. bersama dengan kawan makhluk tersebut akhiranya mahkluk itu terpaksa akur dan memasuki semula sfera bercahaya dan pergi meninggalkan bumi bersama-sama sfera lain.
Apa yang menarik perhatian saya ialah bagaimana wanita itu memujuk makhluk itu agar berhenti untuk memusnahkan bumi kerana bumi sekarang dalam proses untuk berubah. Tetapi mahkluk itu pada awalnya tidak bersetuju kerana bumi sekarang penuh dengan kesengsaraan, kemusnahan dan peperangan. Tetapi pada saat-saat terakhir mahkluk itupun terpaksa melupakan niat beliau.
Namun apa yang saya pelajari melalui cerita tersebut ialah kita sebagai manusia (Mahkluk Tuhan) perlulah bersedia dan sentiasa berhati-hati dengan fenomena luar biasa bumi kerana kita tidak tahu bila masanya dunia ini musnah, ditawan oleh makhluk asing serta kiamat. Oleh itu, kita tidak harus leka dan hanyut tentang kehendak dunia dan perlu mementingkan aspek kerohanian agar hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmati tuhan.
No comments:
Post a Comment